Monday, 15 October 2012

Whats woman needs


Wanita...
Salahkah aku seorang wanita?
Atau...
Beruntunglah aku seorang wanita...
Taukah apa yang diperlukan seorang wanita?
Taukah wanita diciptakan untukmu...

Wanita yang manja,
Wanita memerlukan belaian darimu,
Wanita memerlukan didikan darimu,
Wanita Solehah...
Maruah wanita adalah maruahmu...

Woman's being


Taukah wanita ini dijadikan sebagai peneman perjalanan hidupmu yang penuh onak duri.
Dijadikan wanita ini fitrahnya yang berbeza darimu supaya wanita ini dapat memenuhi kekurangan mu...
Wanita juga dijadikan tidak sempurna kerana fitrahmu sebagai pemimpinnya, pelengkap untuk bergandingan denganmu supaya dirimu tidak keseorangan menempuhi segalanya kerana ujianNya hanyalah untuk mengangkat darjatmu mengangkat darjat wanita...Beruntunglah pada Wanita dan pemilik hatinya jika berjaya menempuhi dengan kunci keimanan 'SABAR'.

Adakah darjat didunia yang kamu cari?
Atau...
Darjat disisi Rabbul'alamin?

Wahai Imamku,
Taukah wanita juga adalah aset bagimu menuju ke SYURGA Allah?
Taukah juga bahawa wanita juga aset bagimu menuju ke NERAKA Allah?
Taukah kamu penghuni syurga dipenuhi oleh wanita?
Pilihan ada ditanganmu sayang...Mohonlah kepadanya jalan yang lurus...

Sudikah kamu bawa wanita ini ke SYURGA Allah?
Sudikah kau pimpin tangan wanita yang lemah ini ke Isatana yang kekal abadi...

Kasihanilah wanita...
Wanita ini memerlukan pimpinan darimu.
Tulang yang bengkok bisa dilenturkan dengan hikmah kerana hati wanita selembut baldu. Ajarilah wanita dengan sentuhan...

'Touch her heart not her body, Steal her attention not her virginity, Make her smile not her cry'

Ketahuilah Akal yang dikurniakan kepadamu mampu membawa wanita ke syurga dengan AGAMA mu

"Oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang permpuan "

Mohonlah padaNya kebaikan dari wanita.
KERANA wanita juga merupakan 1 kekuatan buatmu...Dengan IzinNya InsyaAllah...
Mohonlah kekuatan dari Rabbuli'zzati

NuHa  (^.^)  Brides Wannabe 25 December 2012

No comments:

Post a Comment